Jumaat, 21 Januari 2011

16 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, maka ia akan merasakan kelazatan iman, barang siapa yang mencintai orang lain hanya kerana Allah, bukan kerana suatu maksud duniawi, barang siapa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi kecintaannya daripada yang lain, dan barang siapa lebih suka dilemparkan ke dalam neraka daripada akan kembali kepada kekafiran setelah ia masuk Islam".
(Sahih Muslim)

DOA WAKTU PAGI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Wahai Tuhanku! Kerana Engkau kami mengalami waktu pagi dan petang. Dan kerana Engkau kami hidup dan mati dan kepada-Mu jua kami akan kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan