Jumaat, 11 Februari 2011

08 Rabi'ul Awwal 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Seandainya kamu sekalian tidak mempunyai dosa sedikit jua pun yang patut diampuni Allah, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum yang penuh dosa untuk diberikan-Nya keampunan bagi mereka".
(Riwayat Muslim)

DOA KETIKA GELISAH TAK DAPAT TIDUR MALAM
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Wahai Tuhan, bintang-bintang telah masuk, mata telah tidak bergerak, Engkau tetap hidup dan berdiri dengan sendiri tidak menguasai Engkau oleh mengantuk dan tidur, wahai yang hidup lagi berdiri sendirinya, tenangkan malamku dan lelapkanlah mataku.

Khamis, 10 Februari 2011

07 Rabi'ul Awwal 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Semua manusia pada hari Kiamat akan kebuluran kecuali para nabi dan para ahli-Nya yang berpuasa di bulan Rejab, bulan Syaaban. Sesungguhnya mereka semua kenyang tidak merasa lapar dan dahaga".
(Kitab Durratun Nasihin)

DOA KETIKA HENDAK TIDUR

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Dengan nama-Mu, ya Allah, aku hidup dan mati.

Rabu, 9 Februari 2011

06 Rabi'ul Awwal 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Bertaubatlah kamu sekalian kepada Tuhanmu dan minta ampunlah dari semua dosamu dan jauhilah segala macam perbuatan maksiat di dalam ini iaitu bulan Rejab".
(Kitab Durratun Nasihin)

DOA KETIKA TAKUT JUMPA ORANG BESAR

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Tiada Tuhan melainkan Allah yang lemah lembut dan Maha Bijaksana. Maha Suci Allah, Tuhan bagi tujuh petala langit dan Tuhan bagi 'arsy' yang agung. Mulialah orang yang menghampirkan diri dengan-Mu dan besarlah puji-pujian untuk Mu.

Selasa, 8 Februari 2011

05 Rabi'ul Awwal 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebut sungai Rejab, airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. Barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".
(Riwayat Al-Baihaqi)

DOA MENGHILANGKAN DARAH GEMURUH

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Mudahkanlah padaku, wahai Tuhan, setiap orang dengan kebenaran kalimat 'Dengan nama Allah yang Pengasih lagi Penyayang' wahai Tuhan, tunjunkkanlah padaku, setiap yang melihat padaku daripada jin, manusia, burung, binatang-binatang buas dan lain-lain.

Isnin, 7 Februari 2011

04 Rabi'ul Awwal 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Kalau kamu memakai sandal, pasang yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau kamu membukanya, maka yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang pertama dipasang dan yang terakhir dibuka".
(Sahih Bukhari)

DOA KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham perbicaraanku.

03 Rabi'ul Awwal 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Andaikan kamu berbuat dosa sehingga mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah memberi keampunan kepadamu".
(Riwayat Ibnu Majah)

DOA SUPAYA DIKASIHI OLEH IBUBAPA, GURU-GURU DAN KAWAN-KAWAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kemuliaan dan jadikanlah aku orang yang beriman, orang yang baik dikasihi disisi-Mu dan disisi semua manusia.

02 Rabi'ul Awwal 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya".
(Sahih Muslim)

DOA APABILA TERLUPA

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lupa.

01 Rabi'ul Awwal 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Beri makanlah orang yang lapar, kunjungilah orang yang sakit dan bebaskanlah orang yang tertawan dan menderita".
(Sahih Bukhari)

DOA MOHON KEJAYAAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, aku mohon kejayaan dalam pengadilan dan tempat orang-orang syahid, penghidupan orang-orang yang bahagia dan kemenangan mengatasi musuh.

29 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga perkara: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi bakar tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu".
(Sahih Bukhari)

DOA MENJAUHKAN EMPAT PERKARA BURUK

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada hati yang tidak khusyuk, daripada doa yang tidak didengar, daripada nafsu yang tidak merasa kenyang, daripada ilmu yang tidak bermanfaat, aku berlindung pada-Mu dari perkara yang buruk.

Rabu, 2 Februari 2011

28 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Kebajikan itu ialah budi yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal ebgkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain".
(Sahih Muslim)

DOA KECERGASAN MENJAUHKAN LEMAH DAN MALAS

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah, daripada lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada ketakutan dan kebakhilan, daripada kesulitan-kesulitan yang ditimbulkan oleh hutang dan penindasan orang.

Selasa, 1 Februari 2011

27 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Roh (jiwa) itu bagaikan tentera yang berbaris. Mana yang bersesuaian berdampinglah dia dan yang bertentangan berjauhanlah dia".
(Sahih Bukhari)

DOA MENDAPATKAN ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, berikanlah aku ilham petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan.