Isnin, 31 Januari 2011

26 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Kalau wanita tidur dengan menjauhkan diri dari suaminya maka malaikat mengutuk wanita sampai ia kembali kepada suaminya".
(Sahih Bukhari)

DOA MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Wahai Tuhan! Kurniakanlah fahaman para Nabi dan hafalan para Rasul, mendapat ilham dari para malaikat yang hampir dengan-Mu juga kuniakanlah kami kesihatan wahai yang Amat Mengasihani.

25 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Apabila lalat masuk ke dalam minuman seseorang kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat".
(Sahih Bukhari)

DOA PENERANG HATI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, sinarilah hatiku dengan hidayat-Mu sebagaimana Engkau menyinari bumi dengan matahari-Mu, Tuhan yang membuka, Tuhan yang Amat Mengetahui, bukalah pintu hatiku pembukaan yang hampir, Tuhan yang membuka, Tuhan yang Amat Mengetahui.

24 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) di mana jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah s.w.t. meminta keberkatan dunia atau akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini pada tiap-tiap malam".
(Sahih Muslim)

DOA MINTA SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berilah rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Jumaat, 28 Januari 2011

23 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, :

"Setelah Tuhan memutuskan akan menciptakan makhluk, ditulis-Nya dalam kitab-Nya yang ada di atas Arsy, rahmatKu mengalahkan KemarahanKu!".
(Sahih Bukhari)

DOA KESEJAHTERAAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, kami memohon kesejahteraan agama dan kesejahteraan badan, penambahan ilmu dan berkat rezeki serta taubat sebelum mati, rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati.

Khamis, 27 Januari 2011

22 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Kalau sekiranya orang ramai mengerti apa yang mungkin terjadi dalam pemergian bersendiri sebagaimana yang saya ketahui, tentulah tiada seorang pun pengembara akan berjalan pada malam hari sendiri sahaja".
(Sahih Bukhari)

DOA KESELAMATAN JALAN RAYA

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar,Allah yang Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan ini untuk kami sedangkan kami tidak berkuasa apa-apa dan kepada Allah kami akan kembali.

Rabu, 26 Januari 2011

21 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Pada hari Kiamat kelak, setiap hak akan diberikan kepada ahlinya (orang punya hak), sampai hak seekor kambing yang tidak bertanduk diambilkan dari kambing yang bertanduk".
(Sahih Muslim)

DOA MENJAUHKAN DARI TERPEDAYA/TERANIAYA (DIBACA KETIKA KELUAR RUMAH)

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah. Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kesesatan atau disesatkan orang, dari tergelincir atau digelincirkan orang, dari menganiaya atau dianiayai orang, dari kebodohanku sendiri atau dibodohi orang.

Selasa, 25 Januari 2011

20 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Tuhan tiada memberi hukuman kepada umatku terhadap apa yang bergerak dalam dadanya (keinginan yang salah) selagi belum dikerjakan atau belum diucapkan".
(Sahih Bukhari)

DOA KECANTIKAN DIRI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Wahai Tuhanku, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut, muliakanlah aku dengan takwa dan cantikkanlah aku dengan kesihatan.

Isnin, 24 Januari 2011

19 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Ahli Warisku tiada mempusakai dinar dan dirham. Apa yang aku tinggalkan, selain dari belanja isteriku dan keperluan pembantuku adalah untuk sedekah".
(Sahih Bukhari)

DOA KEBERSIHAN HATI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada nifaq dan peliharalah kemaluanku dari melakukan perbuatan keji.

Ahad, 23 Januari 2011

18 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Bertaqwalah kepada ALLAH di mana kau berada dan sambunglah perbuatan jahat itu dengan kebaikan supaya terhapus (kejahatannya), dan bergaullah sesama manusia dengan budi yang baik (akhlak yang baik)".
(Riwayat At-Tirmidzi)

DOA KEINDAHAN BUDI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala puji bagi Allah, elokkanlah kiranya kelakuanku sebagaimana engkau telah mengelokkan rupa kejadianku.

Sabtu, 22 Januari 2011

17 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Sentiasa ada segolongan dari umatku hingga hari Kiamat yang berjuang membela kebenaran dan akan menang. Pada ketika itulah Nabi Isa akan turun, berkata pemimpin mereka itu kepada Nabi Isa: Tidak, kerana kamu dapat pimpin-memimpin sesamamu, sebagai kehormatan dari Allah kepada umat ini".
(Sahih Muslim)

DOA WAKTU PETANG

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, kerana Engkau kami mengalami akan waktu petang dan pagi. Kerana Engkau kami hidup dan mati dan kepada-Mu jua kami akan kembali.

Jumaat, 21 Januari 2011

16 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, maka ia akan merasakan kelazatan iman, barang siapa yang mencintai orang lain hanya kerana Allah, bukan kerana suatu maksud duniawi, barang siapa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi kecintaannya daripada yang lain, dan barang siapa lebih suka dilemparkan ke dalam neraka daripada akan kembali kepada kekafiran setelah ia masuk Islam".
(Sahih Muslim)

DOA WAKTU PAGI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Wahai Tuhanku! Kerana Engkau kami mengalami waktu pagi dan petang. Dan kerana Engkau kami hidup dan mati dan kepada-Mu jua kami akan kembali.

Khamis, 20 Januari 2011

15 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Tanam-tanaman yang diairi air hujan dengan mata air atau tanam-tanaman yang tumbuh di rawa-rawa, zakatnya sepersepuluh dan yang diairi dengan tenaga angkutan, zakatnya seperduapuluh".
(Sahih Bukhari)

DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Hidup, yang berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia, ya Allah, tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, semoga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan nur hidayah-Mu.

Rabu, 19 Januari 2011

14 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Ada lima macam binatang yang tidak berdosa jika seseorang membunuhnya iaitu gagak, helang, tikus, kala jengking dan anjing yang berbahaya".
(Sahih Bukhari)

DOA MEMOHON DIHINDARKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Aku berlindung dengan kalimat Tuhan yang Maha Sempurna daripada syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.

Selasa, 18 Januari 2011

13 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Barangsiapa bermimpi, seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari Al-Quran tetapi tidak diamalkan dan solat wajib ditinggalkan".
(Sahih Bukhari)

AKHIR DOA

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Maha Suci Tuhan yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para Rasul. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Isnin, 17 Januari 2011

12 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Tuhan turun tiap-tiap malam ke langit yang paling rendah ketika sepertiga malam yang terakhir serta berkata: Barang siapa yang memohon kepada-Ku nescaya Ku-beri dan barang siapa yang meminta ampun pada-Ku nescaya Ku-ampuni".
(Sahih Muslim)

DOA BERLINDUNG DARI GODAAN SYAITAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Tuhanku, aku berlindung pada-Mu dari bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung pada-Mu, ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.

Jumaat, 14 Januari 2011

09 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Sempurnakan sujudmu! Jangan meletakkan kedua lenganmu dalam sujud ke bumi seperti anjing dan apabila meludah janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan kerana anda sedang berbisik kepada Tuhan".
(Sahih Bukhari)

DOA MEMOHON DIMASUKKAN DALAM IBADAH DENGAN CARA YANG BAIK

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Tuhanku, masukkan aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah padaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong

Khamis, 13 Januari 2011

08 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Sesungguhnya Allah telah berfirman pada hari Kiamat kelak: Mana orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naunganKu".
(Sahih Muslim)

DOA MEMOHON DIHINDARKAN DARI FITNAH

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Kepada Allah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari (tipu daya) orang-orang yang kafir.

Rabu, 12 Januari 2011

07 Safar 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Sesungguhnya Nabi, apabila mengucap satu patah kata, diulangnya sampai 3 kali, sehingga orang mengerti maksudnya dan apabila Nabi datang kepada satu kaum, beliau memberi salam kepada mereka, sampai tiga kali".
(Sahih Bukhari)

DOA MEMOHON TIDAK DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ZALIM

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim

Sabtu, 8 Januari 2011

06 Muharram 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Akan tiba suatu zaman, tiada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".
(Riwayat Ibnu Majah)

DOA MOHON DIMASUKKAN KE DALAM GOLONGAN PENYAKSI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul. Kerana itu, masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang ke-Esaan-Mu)

05 Muharram 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Siapa yang membaca Surah Yassin dengan ikhlas kerana Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu, maka bacakanlah pada orang yang akan mati (atau bagi orang yang telah mati)".
(Riwayat Al-Baihaqi dari Maq'il bn Yasar)

DOA MEMOHON KEAMPUNAN DAN KEMENANGAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

04 Muharram 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :
"Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah di hadapan dan seburuk-buruk ialah di belakang, sebaik-baik saf bagi wanita ialah di belakang dan seburuk-buruknya di hadapan".
(Sahih Muslim)

DOA MEMOHON KESABARAN DAN KETEGUHAN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Tuhan kami, berilah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.

03 Muharram 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :
"Andai kata anak Adam itu memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulut (hawa nafsu) melainkan tanah (maut). Dan Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-Nya".
(Riwayat Muslim)

DOA MEMOHON KEAMPUNAN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari sekda neraka.

02 Muharram 1432 H

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya :
"Sampaikanlah hajat orang yang tidak berdaya memenuhi hajatnya sendiri. Maka sesungguhnya orang yang menyampaikan hajat seseorang yang tidak mampu menyampaikannya kepada pemerintah, Allah akan menetapkan dua kakinya di atas sirat (di akhirat) pada waktu manusia tergelincir".
(Riwayat Hindun bin Abi Halah)

DOA MEMOHON PETUNJUK
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

01 Muharram 1432 H

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya :

"Tidak akan terjadi Kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sejam, sejam dirasakan seperti satu percikan api."

(Riwayat Tirmidzi)


DOA MEMOHON KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan peliharalah kami dari seksa neraka.